Monday 7 October 2013

AD Fastmart

Assalamualaikum and Good Morning

AD Fastmart adalah gabungan jenama Abang Dendeng dan kedai halalan toyiban. Kedai Fastmart ini menempatkan pelbagai produk usahawan Muslim seluruh Malaysia.

Nama Fastmart ini pula adalah mengandungi 4 karekter/sifat Nabi Muhammad saw yang unggul sebagai usahawan yang mempunyai F=Fathonah, A=Amanah, S=Siddiq dan T=Tabligh.

Dengan erti lain, kami amat menitikberatkan dalam jiwa peniaga, pembekal malah pelanggan kami sifat FAST itu tadi. Perkataaan itu sendiri mempunyai maksud CEPAT atau PANTAS. Setiap tindakan kita mesti Pantas kerana dengan Kepantasan Bertindak akan menghasilkan Keputusan yang Pantas.

Dalam usaha memartabatkan ekonomi ummat Islam, kami menyediakan ruang dan peluang kepada usahawan Muslim untuk berganding bahu dalam memasarkan produk mereka di kedai kami.

Justeru,marilah kita sama-sama mengukuhkan taraf ekonomi bangsa kita dengan jayanya.